Komander Rejimen 515 AW
Brig Jen Dato' Wira Wan Ahmad Uzair bin Hj Wan Sulaiman
Timbalan Komander Rejimen 515 AW
Lt Kol Mohamad bin Yusoff
Sejarah Rejimen 515 AW
Penubuhan Rej 515 (AW) adalah berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera ke-353 yang bersidang pada 28 0ktober 1996. Penguatkuasaan penubuhan Rej 515 (AW) adalah pada 14 Jun 1997, dengan menggunakan penjawatan kekuatan Batalion 1, Rejimen 502 (AW) di Kem Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kawasan tanggungjawab Rejimen 515 (AW) adalah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat dan Petaling. Selaras dengan itu, Bn 1/502 (AW) yang bertempat di Kem Jalan Ampang, dijadikan nukleus kepada markas Rej 515 (AW).
Penubuhan Rejimen ini adalah selaras dengan pengubahsuaian struktur semua Rejimen Siri 500 (AW), iaitu Rej 513 (AW), Rej 514 (AW), dan Rej 516 (AW) serta penyusunan semula Rej 502 (AW), Rej 504 (AW), Rej 507 (AW) dan Rej 508 (AW) yang telah ditandatangani oleh Panglima Tentera Darat pada 18 Julai 1997.
Penubuhan Rejimen 515 (AW) yang ketika itu bertempat di Kem Jalan Ampang dilaksanakan mengikut peringkat seperti berikut :
a. Peringkat Pertama - Pada 14 Jan hingga 31 Dis 1997 adalah penubuhan Nukleus Rejimen.
b. Peringkat Kedua - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 1998 adalah penubuhan Markas Rejimen dan Batalion Pertama. Pada bulan Februari 1998, pasukan ini ditadbir oleh beberapa orang pegawai seperti Lt Kol Jonathan Chan (Pemangku Komander Rejimen), Mej Salleh bin Ismail (Pemangku Timbalan Komander) dan Kapt Hanafiah bin Mohamad Ningal (Ajutan).
c. Peringkat Ketiga - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 1999 adalah penubuhan Batalion Kedua.
d. Peringkat Keempat - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 2000 adalah penubuhan Batalion Ketiga.
e. Peringkat Kelima - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 2001 adalah penubuhan Batalion Keempat (tidak diisi semasa aman).
Rejimen 515 (AW) ditubuhkan Secara Rasminya Pada 1 Feb 02 Dengan Menggunakan Nombor Perjawatan “Fed (M) 4142/1/2002 (Pind 1/2008)” yang ketika itu bertempat di Kem Jalan Ampang, bersama Rejimen 502 (AW).
Rejimen 515 (AW) telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur pada 22 Disember 2008 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2009. Rejimen 515 (AW) ini didirikan di atas tapak seluas 5.178 hektar di Lot 5398, Mukim Setapak bersama dengan dua unit lain iaitu Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) dan Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).
Komander
Komander Rejimen 515 AW :
1. Brig Jen Dato’Jonathan Chan.
1 Feb 2002 hingga 14 Apr 2007
2. Brig Jen Mohd Amin bin Md Din.
24 Mei 2007 hingga 1 Jan 2014
3. Kol Fitgerald Joseph Kilroy Augustin.
11 Feb 2014 hingga 2 Ogos 2021
4. Brig Jen Dato' Wira Wan Ahmad Uzair bin Hj Wan Sulaiman
5 Feb 2022 hingga Sekarang
Timbalan Komander
Timbalan Komander Rejimen 515 AW :
1. Lt Kol Jaafar bin Majid.
11 Jun 2002 hingga 31 Dis 2003
2. Lt Kol Mokhtar bin Mustafa.
1 Jan 2004 hingga 25 Sep 2005
3. Lt Kol Muhammad Anuwar bin Abdullah.
30 Sep 2005 hingga 1 Feb 2007
4. Lt Kol Alias bin Abu Bakar.
2 Feb 2007 hingga 21 Jul 2010
5. Lt Kol Hj Roslan bin Hj Zakaria.
1 Ogos 2010 hingga 1 Jul 2014
6. Lt Kol Suhaidi bin Hj Saad.
2 Jul 2014 hingga 8 Jun 2018
7. Lt Kol Asrul Hikam bin Tan Sri Ab Rahman.
8 Jun 2018 hingga 10 Nov 2019
8. Lt Kol Rithaudin bin Jamhuri.
11 Nov 2019 hingga 24 Jul 2021
9. Lt Kol Marzuki bin Md Yusof.
15 Sept 2021 hingga 3 Jan 2024
9. Lt Kol Mohamad bin Yusoff
4 Jan 2023 hingga Sekarang
Visi dan Misi
Visi
Sebagai satu Rejimen yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan untuk melaksanakan misi dan tanggungjawab.
Misi
Mempertingkatkan keupayaan dan kemampuan Batalion-Batalion sebagai elemen tempur untuk membantu Angkatan Tetap.