Depan kem 513 2

Komander Rejimen 513 AW

                                                                                                                                                                                              WhatsApp Image 2023 01 09 at 12.21.59                                                                                                                                                                        

DYTM Brig Jen Tengku Dato’ Seri Utama Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin

Timbalan Komander Rejimen 513 AW

TK501

Lt Kol  Kamarulzaimi bin Abd Razak

Sejarah Rejimen 513 AW

Rej 513 AW ditubuhkan bertujuan untuk mengambil, melatih dan mentadbir anggota Sukarelawan dan Sukarelawati AW dari seluruh Negeri Kedah. Sejarah awal penubuhan pasukan sukarela di Negeri Kedah telah bermula sejak tahun 1932. Antara pasukan-pasukan sukarela yang pernah wujud di Negeri ini adalah ‘‘Kedah Volunteer Force’’ (KVF), Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Kedah (PPT Kedah) dan Rej 504 AW.

Pada tahun 1941, semasa Tentera Jepun menyerang Malaya, pasukan KVF telah ditugaskan untuk mengawal Sungai Petani dan kemudiannya telah dibubarkan akibat pengunduran Tentera British ke Selatan Tanahair. Setelah tamat Peperangan Dunia Kedua iaitu pada 1 Jan 1950, Kerajaan British telah menubuhkan PPT Kedah bagi membangkitkan semula semangat Sukarelawan di kalangan penduduk Negeri Kedah dalam usaha untuk memerangi keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).

Akibat dari penyusunan dan pembesaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), maka pada awal tahun 1980, PPT Kedah telah dibubarkan dan digantikan dengan penubuhan Rej 504 AW pada 7 Sep 1980 yang merangkumi kawasan tanggungjawab (KTJ) Negeri Kedah dan Perlis. 4. Susulan dari pembesaran Rejimen Askar Wataniah, maka pemisahan sektor telah dibuat pada 14 Jun 1997. Rej 513 AW telah ditubuhkan bagi merangkumi KTJ Negeri Kedah manakala Rej 504 AW untuk KTJ Negeri Perlis.

Tujuan Penubuhan. Rej 513 AW telah ditubuhkan dengan bertujuan untuk mengambil, melatih dan mentadbir anak-anak watan Negeri Kedah Darul Aman bagi membantuganti (augmentation) dalam menjadikan mereka ini seorang anggota tentera yang terlatih setanding dengan Anggota Tetap. Rejimen ini juga ditubuhkan sejajar dengan konsep pertahanan menyeluruh (HANRUH) yang mana dalam konsep ini setiap sebuah negeri akan mengadakan pasukan sukarelawan dalam membantu-ganti serta bagi mengimbangi dengan kekuatan anggota tetap demi untuk mempertahankan kepentingan strategik dan kedaulatan negara di masa darurat atau perang.

Kelulusan dan Tarikh Kuatkuasa Penubuhan. Kelulusan untuk menubuhkan Rejimen ini telah dipersetujui dalam MAT ke 353 yang telah bersidang pada 28 Okt 1996. Tarikh kuatkuasa penubuhan Rejimen ini adalah 14 Jun 1997 dengan waren perjawatan Bil 119 Tahun 2002 iaitu FED (M) 4142/1/2002 bertarikh 1 Feb 2002.

Peringkat Penubuhan. Proses penubuhan Rej 513 AW adalah berpandukan kepada 4 tahap seperti berikut:

Peringkat 1 – Penubuhan Nukleus Rej 513 AW. Nukleus Rejimen ini telah ditubuhkan pada 28 Ogos 1997 bertempat di Kem Bukit Keteri, Perlis. Penubuhan Nukleus Rejimen ini adalah menggunakan perjawatan Bn 4/504 AW dan kemudiannya telah berpindah ke Kem Jalan Kolam Air, Sungai Petani pada 15 Dis 1997.

Peringkat 2 – Penubuhan Mk Rej dan Bn 1/513 AW. MK Rej dan Bn 1/513 AW telah ditubuhkan di Kem Jalan Kolam Air, Sungai Petani berkuatkuasa pada 1 Jan 1998. Penubuhan Bn 1/513 AW adalah dengan cara mendesignasikan Bn 1/504 AW kepada Bn 1/513 AW.

Peringkat 3 – Penubuhan Bn 2/513 AW. Bn 2/513 AW telah ditubuhkan di Kem Jalan Bukit, Kulim, Kedah berkuatkuasa pada 1 Jan 1999 dengan mendesignasikan Bn 3/504 AW kepada Bn 2/513 AW.

Peringkat 4 – Penubuhan Bn 3/513 AW. Bn 3/513 AW telah ditubuhkan di Kem Jalan Kolam Air, Sungai Petani, Kedah berkuatkuasa pada 1 Jan 2000. MK Rejimen dan Bn 3/513 AW telah berpindah ke Kem Bukit Pinang, Kedah pada 4 Apr 2010.

 Komander

Komander Rejimen 513 AW :

1. Allahyarham Brig Jen Prof Dato’ Dr Ahmad Fauzi @ Mohd Fawzi bin Mohd Basri.
   01 Feb 2000 hingga 22 Mei 2005

2. YTM Tunku Panglima Besar Kedah Brig Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri.    

   23 Mei 2006 hingga 1 Jul 2019

3. DYTM Brig Jen Tengku Dato’ Seri Utama Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin.    
    02 Jul 2020 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 513 AW :

1. Lt Kol Zainuddin Bin Hj Yusoff.
    14 Jun 1997 Hingga 25 Apr 2003

2. Lt Kol Abd Halim Bin Abd Ghani.
    26 Apr 2003 Hingga 08 Apr 2005

3. Lt Kol Megat Omar Bin Megat Shariff.
   09 Apr 2005 Hingga 31 Jan 2007

4. Lt Kol Ku Ahmad Khir Bin Ku Abdullah. 
    01 Feb 2007 Hingga 14 Jan 2009

5. Lt Kol Sahimi Bin Hj Hashim. 
    15 Jan 2009 Hingga 31 Jul 2011

6. Lt Kol Mohd Jiwa Bin Sa’dan.
    01 Ogos 2011 hingga 31 Mei 2013

7. Lt Kol Hamidi Bin Hj Abdul Ghalim.
    01 Jun 2013 hingga 4 Apr 2016

8. Lt Kol Aklif bin Hj Abd Rajak.
    05 Apr 2016 hingga 14 Jan 2019

9. Lt Kol Zainuddin bin Che Am.
    14 Jan 2019 hingga 5 Jun 2020

10. Lt Kol Wan Muhammad Kamal bin Wan Yusoff.
      6 Jun 2020 hingga 5 Dis 2021

10. Lt Kol Mohd Suffian bin Mamat
      6 Dis 2021 hingga 3 Jan 2024

11. Lt Kol Kamarulzaimi bin Ab Razak
      4 Jan 2024 hingga Sekarang

 

Visi dan Misi

Visi

Rejimen bertanggungjawab untuk mengambil, melatih dan mengekalkan anggota sukarela bagi membolehkan mereka bersiap sedia untuk membantuganti (augmentation) anggota angkatan tetap.

Misi

Melatih bagi memastikan anggota-anggota sukarela dilengkapi dengan ilmu ketenteraan dan memberi dorongan kepada mereka untuk terus menghadiri Latihan Tempatan, Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan.