Depan kem 511

Komander Rejimen 511 AW

comdr 501

Brig Jen Abang Mohamad bin Abang Marzuki

Timbalan Komander Rejimen 511 AW

TK 511

Lt Kol Mazlan bin Besar

Sejarah Rejimen 511 AW

Rejimen 511 Askar Wataniah pada asalnya adalah merupakan Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) Sarawak yang ditubuhkan pada 8 Jun 1973 di Garissen, Kuching, Sarawak yang kini dikenali sebagai Penrissen Lama. PPT Sarawak telah dibubarkan 7 Februari 1980.

Pada 7 Februari 1980, PPT Sarawak telah disusun semula dengan kekuatan 2 Pegawai dan 17 LLP dan ditubuhkan sebagai Bn 4/Rej 507 AW. Pada tahun yang sama, di Sri Aman Bn 5/Rej 507 AW telah ditubuhkan.

Pada 1981, Bn 6/Rej 507 AW telah ditubuhkan di Sibu. Pada 1 Okt 1990, ketiga-tiga batalion ini dikeluarkan dari Rej 507 AW, yang mana Bn 4 di Kuching dijadikan sebagai Markas Rejimen dan Bn 1/Rej 511 AW, Bn 5 dijadikan sebagai Bn 2/Rej 511 AW dan Bn 6 dijadikan sebagai Bn 3/Rej 511 AW.

Pada tahun 1992, Bn 3/Rej 511 AW telah dipindahkan dari Kem Lapangan Terbang, Sibu ke Kem Sematan, Lundu.

Pada tahun 1995, Markas Rejimen dan Bn 1/Rej 511 AW dipindahkan dari Kem Penrissen Lama ke Kem Ria sehingga pada hari ini.

 Komander

Komander Rejimen 511 AW :

1. Yang Berhormat Kol Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo
    1 Okt 1990 hingga 30 Sept 1999

2. Yang Berhormat Brig Jen Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Datuk Haji Husain.    
    1 Okt 1999 hingga 4 Julai 2011

3. Brig Jen Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani.
     5 Jul 2011 hingga 5 Ogos 2017

4. Brig Jen Abang Mohamad bin Abang Marzuki.

    6 Ogos 2017 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 511 AW :

1. Mej Mohamad bin Wen.
    1 Feb 80 hingga 31 Dis 80

2. Lt Kol Say Chee.
    1 Jan 81 hingga 31 Mei 82

3. Lt Kol Mohd Salleh bin Mohd Don.
    1 Jun 82 hingga 31 Dis 83

4. Lt Kol Hayata bin Elias.
   1 Jan 8 hingga 31 Dis 85

5. Lt Kol Sarjit Singh.
    1 Jan 86 hingga 4 Mac 89

6. Lt Kol Zubir bin Yahya.
    5 Mac 89 hingga 30 Okt 90

7. Lt Kol Mohamad bin Hassan.
    1 Nov 90 hingga 31 Ogos 91

8. Lt Kol Fabian Wong Boon Soon.
    1 Sept 91 hingga 20 Okt 92

9. Lt Kol Abdul Aziz bin Bahari.
    21 Okt 91 hingga 31 Mac 95

10. Lt Kol Azudin bin Bahari.
      1 Apr 95 hingga 7 Jan 98
    
11. Lt  Kol Anwar bin Abdul Aziz.

      8 Jan 1998 hingga 31 Dis 2000

12. Lt  Kol Mohd Fauzi bin Abdul Mohd Noor.
     1 Jan 2001 hingga 30 Mac 2005

13. Lt  Kol Firdaus Quah bin Abdullah.
      1 Apr 2005 hingga 10 Dis 2006

14. Lt  Kol Jasvinder Singh al Narajam Singh. 
      11 Dis 2006 hingga 8 Jul 2008

15. Lt  Kol Mohamed Khamir bin Abdul Ghani.
      4 Feb 2009 hingga 28 Jul 2010

16. Lt  Kol Haji Mazalan bin Haji Adam.
     1 Dis  2011 hingga 30 Apr 2014

17. Lt  Kol Ding Tiew Wong.

    1 Mei 2014 hingga 29 Mac 2018

18. Lt Kol Mohd Fua’at bin Mohd Yatim.
      31 Mei 2018 hingga 24 Okt 2019

19. Lt Kol Mohd Nadzri bin Ismail.
      25 Okt 2018 hingga 24 Jan 2023

20. Lt Kol Mazlan bin Besar.
      25 Jan 2023 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Membuat pengambilan secara optimum, melatih, mentadbir dan mengekalkan kekuatan dan kemahiran anggota supaya menjadi satu angkatan sukarela yang cekap dan berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan bagi membantu ganti angkatan tetap apabila diperlukan.

Misi

Membentuk satu pasukan askar wataniah yang terlatih, berpengetahuan, dan komited di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya supaya dapat membantu angkatan tetap dengan berkesan pada masa aman atau perang bagi menentukan keselamatan dan kedaulatan negara terus terjamin.