Depan kem 510

Komander Rejimen 510 AW

510 komander

Brig Jen Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki

Timbalan Komander Rejimen 510 AW

TK501

Lt Kol Riyadhul Fuad bin Shafie

Sejarah Rejimen 510 AW

Rejimen 510 Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Mac 1981 di Kem Jalan Junid, Muar, Johor. Markas Rejimen pada ketika itu telah ditempatkan dibangunan yang sebelumnya diduduki oleh Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) Johor.  Sebilangan besar anggota Markas Rejimen terdiri daripada anggota tetap dan selainnya adalah anggota PPT Johor dari daerah Muar, Segamat dan Batu Pahat.

Perpindahan Rejimen 510 AW dari Johor ke Sarawak bermula dengan pergerakan Kumpulan Tinjauan ke Sibu pada 9 September 1992 dan seterusnya pergerakan Kumpulan Pendahuluan ke Kem Sri Rejang, Sibu pada 16 September 1992.  Kumpulan Pendahuluan bertindak sebagai perintis bagi menerima kehadiran kumpulan induk. Rejimen 510 Askar Wataniah dengan rasminya telah menduduki Kem Sri Rejang pada 19 Januari 1993.

Kumpulan Tinjauan diketuai oleh Mejar Jasmie bin Tompang  bersama-sama 5 Pegawai dan 4 PTT Kanan telah bergerak ke Sibu pada  9 September 1992 untuk meninjau kawasan yang telah diperuntukan. Kumpulan Tinjauan  ini telah pulang ke Muar pada 17 September 1992. Seterusnya pergerakan Kumpulan Pendahuluan pula diketuai oleh Mejar Anthony Then bersama-sama 17 anggota lain telah bergerak ke Kem Sri Rejang pada 16 Disember 1992.

Kumpulan Induk yang mengandungi 106 anggota tentera dan 19 keluarga telah bergerak dari Muar, Segamat dan Batu Pahat pada 14 Januari 1993 ke Pelabuhan Pasir Gudang untuk menaiki Kapal Nusa. Pejuang dan tiba di Pelabuhan Bintulu pada 17 Januari 1993. Mengikut perancangan asal, kumpulan induk pada mulanya akan tiba di Pelabuhan Sibu tetapi keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka diturunkan di Pelabuhan Bintulu. Dari Bintulu, anggota dan keluarga telah bergerak ke Sibu dan Miri dengan menggunakan kenderaan tentera dan bas awam. Semua anggota dan keluarga sampai ke destinasi masing-masing pada 18 Januari 1993 dan mula bertugas di Sarawak dengan rasminya mulai 19 Januari 1993.

KEM SRI REJANG

Kem Sri Rejang yang dahulunya dikenali sebagai KD Sri Rejang telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pertahanan ketika itu iaitu YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Taib Mahmud pada 31 Okt 91.  Sejak tarikh tersebut, Skn Semboyan RASCOM telah menduduki kem ini sehingga ianya diserahkan kepada Rejimen 510 AW secara rasminya pada 6 Sep 93 sehinggalah sekarang.


Kem Sri Rejang merupakan satu-satunya Kem yang mempunyai pelbagai kemudahan asas dan kemudahan sukan yang menjadi kebanggaan kepada semua warga Rejimen.  Kem ini telah memenangi Anugerah Kem Tercantik dalam kawasan 1 Div bagi tahun 1995.  Pada tahun 1996, kem ini sekali lagi muncul sebagai Kem Tercantik di Negeri Sarawak dalam Kategori Bangunan Kerajaan dan Keselamatan.

 Komander

Komander Rejimen 510 AW :

1. Kol Syed Alwee bin Syed Jaafar.    
   1 Mac 1981 hingga 3 Apr 1988

2. Kol Prof Dato’ Dr Kamaruddin Hj Kachar.    
    4 Apr 1988 hingga 1 Jan 1994

3. Kol Datuk Haji Mohamad Taha bin Ariffin.
    1 Jun 2000 hingga 21 Sep 2011

4. YB Brig Jen Datuk Haji Talib Zulphilip.
    27 Mac 1994 hingga 27 Jan 2000

5. Kol Lee Heng Cheong.
    9 April 2013 higga 28 Jan 2020

6. Brig Jen Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki
    30 Sep 2020 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 510 AW :

1. Lt Kol Ismail bin Kassim.
    1 Mac 1981 hingga 31 Dis 1982

2. Lt Kol Mohd Yusof bin Ahmad.
    1 Jan 1983 hingga 31 Dis 1984

3. Lt Kol Low Tung Yeaw.
    1 Jan 1985 hingga 7 Jan 1989

4. Lt Kol Zainal Azzudin bin Idris. 
    8 Jan 1989 hingga 31 Dis 1991

5. Lt Kol Mohd Yusof bin Ahmad. 
    1 Jan 1992 hingga 31 Dis 1993

6. Lt Kol Anwar Basha Khan bin Hj Zakaria.
    1 Jan 1994 hingga 1 Jan 1995

7. Lt Kol Amreek Singh al Pratap Singh.
    2 Jan 1995 hingga 31 Ogos 1995

8. Lt Kol Shahbani bin Ali.
    1 Sep 1995 hingga 1 Nov 1997

9. Lt Kol Zulkifli bin Mansor.

    2 Nov 1997 hingga 3 Jun 1999

10. Mej Jain ak Sumor.
      1 Jul 1999 hingga 30 Sep 1999

11. Lt Kol Hj Mahadi bin Abdul.
      1 Okt 1999 hingga 5 Jan 2001

12. Lt Kol Mas’od bin Hj Muhammad. 
      6 Jan 2001 hingga 27 Jan 2002

13. Lt Kol Abu Shah bin Md Nor.
      28 Jan 2002 hingga 31 Ogos 2003

14. 
Lt Kol Roslan bin Hj A.Rahman.
      1 Sep 2003 hingga 6 Nov 2005

15. Lt Kol Gulam Rasul bin Hj Abdus Subhan.
      7 Nov 2005 hingga 28 Feb 2007

16. Lt Kol Omar bin Hj Baharom.
      1 Mac 2007 hingga 15 Jan 2009

17. Lt Kol Mohd Nazri bin Abidin.
      16 Jan 2009 hingga 16 Jul 2010

18. Lt Kol Azman bin Hj Mohamad Yasin.
      17 Jul 2010 hingga 12 Jan 2013

19. Lt Kol Rusman bin Sanip.
      13 Jan 2013 hingga 3 Dis 2014

20. Lt Kol Jagjit Singh A/L Indar Singh.
      4 Mei 2004 hingga 1 Jun 2006

21. Lt Kol Zakaria bin Abdul Rahman.
      2 Mei 2017 hingga 15 Mei 2019

22. Lt Kol Awis bin Ibrahim.

      16 Mei 2019 hingga 26 Feb 2021

23. Lt Kol Abdul Halim bin Hj Mohd Rosli.
       27 Feb 2021 hingga 14 Jun 2023

23. Lt Kol Riyadhul Fuad bin Shafie
       15 Jun 2023 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Membentuk warga Rejimen sebagai satu pasukan Infantri yang terlatih, berpengetahuan serta komited dalam menjalankan tugas supaya dapat membantu Tentera Darat dengan berkesan dan baik pada masa aman ataupun masa perang.

Misi

Melaksanakan pengambilan (Recruiting), melatih (Train) dan mengekalkan (Maint) anggota sukarela yang berwibawa dan berkemampuan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan dalam membantu ganti (Augment) Angkatan Tetap.