depan kem 506

Komander Rejimen 506 AW

BACKGROUND BENDERA 506

Brig Jen Dato' Perwira Raja Dato' Hj Nik Mohd Shafriman bin Hj Nik Hassan

Timbalan Komander Rejimen 506 AW

TK501

Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali

Sejarah Rejimen 506 AW

Sejarah penubuhan Pasukan Simpanan (Volunteer Force) di Kelantan bermula sejak awal Zaman Pemerintahan British dengan penubuhan Kelantan Volunteer Force pada tahun 1914. Ketika itu terdapat dua kompeni Speacial Constables berkekuatan seramai 55 orang. Dalam tahun 1915, pasukan sukarelawan ini dikenali sebagai Kelantan Volunteer Rifles mengambil alih tugas menjaga keamanan Negeri Kelantan menggantikan Pasukan Penang Volunteer (Kompeni Melayu), Malay States Guides dan Singapore Volunteer Infantry yang pulang ke negeri masing-masing setelah berada di Kelantan berikutan kebangkitan Tok Janggut di Pasir Puteh. Pada 8 Ogos 1917 dibawah Enakmen Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Enactment telah mengiktiraf Special Constables itu sebagai Kelantan Volunteer Force.

Semasa meletusnya Perang Dunia Kedua tahun 1941, Kelantan Volunteer Rifles di bawah Unfederated Malay State Volunteer Force (UFMSVF) bersama dengan semua pasukan sukarela di negeri Tanah Melayu dari Federated Malay State Volunteer Force serta Straits Settlement Force (SSVF) dikerah berkhidmat sepenuh masa. Ini termasuk juga pasukan pasukan sukarelawan dari Kelantan Volunteer Rifles bersama-sama dengan tentera British dan Batalion Askar Melayu untuk menentang tentera Jepun yang mula mendarat di Pantai Sabak, Kota Bharu pada tengah malam 7 hingga 8 Desember 1941.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, UFMSVF dibubarkan termasuklah Kelantan Volunteer Rifles apabila tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948. Pada bulan Ogos 1948 Kerajaan British telah mengisytiharkan Darurat di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dengan ini menjadikan pasukan-pasukan sukarela amat relevan untuk membantu pasukan keselamatan (Tentera dan Polis) dalam menghadapi ancaman pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM). Pihak Pentadbiran British kemudiannya telah menubuhkan pasukan-pasukan sukarela di seluruh pelusuk negara termasuklah di Kelantan yang dinamakan Home Guard (Pasukan Kawalan Kampung). Tugas utama pasukan ini adalah mengendalikan balai polis, mengadakan sekatan jalan raya dan juga menjalankan operasi penapisan di tempat awam serta sebagai pemberi maklumat mengenai segala aktiviti dan kegiatan komunis.

Apabila Darurat tamat pada tahun 1960 dan keadaan keselamatan di seluruh Negara dipulihkan, pasukan Home Guard dibubarkan. Ramai sukarelawan dan pegawai tentera yang bersara daripada Pasukan Home Guard turut menyertai pasukan sukarela yang baru ditubuhkan dikenali sebagai Tentera Tempatan Persekutuan (TTP).

Di Kelantan terdapat tiga platun TTP, Platun No 1 dan No 2 di perintah oleh Mej Raja Azhar bin Raja Ahmad dan platunnya bertempat di Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, sementara Markas Platun bertempat di Kota Bharu.

Semasa Konfrontasi TTP disusun semula dan diperbesarkan dan dikenali sebagai Platun Pertahanan Tempatan (PPT). Pembesaran ini melibatkan penubuhan sebanyak 12 PPT di setiap negeri termasuklah penubuhan PPT di Kelantan dengan rasminya pada 1 Jan 1963. Organisasi daerah atau jajahan telah diubah dengan panggilan Kawasan A di Kota Bharu berkekuatan 24 platun sukarelawan manakala Kawasan B sebanyak 21 platun sekarelawati di Machang.

Rej 506 AW telah ditubuhkan pada 8 Feb 1980 di Kota Bharu, Kelantan di bawah Elemen Simpanan Statik menggantikan PPT Kelantan dan diletakkan di bawah perintah 11 Div PSTD. Selaras dengan penyusunan semula Markas 11 Div PSTD yang menjadi 11 Div Strategik, maka pasukan telah diletakkan di bawah pemerintahan formasi setempat, iaitu MK 8 Bgd secara rasmi melalui surat kuasa KP/TD/P&P/4412 Jil 2 bertarikh 2 Mei 1994. Semasa penubuhan, kem asal Rej 506 AW bertempat di belakang Bangunan Mahkamah, Jalan Hospital,Kota Bharu.

Pada 1 Jan 1984 kem ini berpindah ke Kem Bukit Merbau di Jalan Kebun Sultan. Pada awal tahun 1996, Rejimen telah dipindahkan ke Kem Pengkalan Chepa mengambil alih Kem Bn Inf 105 AW yang telah dibubarkan. Penempatan lokasi serta kawasan tanggungjawab terkini adalah Bn 1/506 AW bertempat di Kem Pengkalan Chepa, Bn 2/506 AW bertempat di Kem Machang, dan Bn 3/506 AW bertempat di Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

Pada tahun 2005 Rejimen telah memilih cogan kata “KITO BISO” sebagai “war cry”. “KITO BISO” berasal dari perkataan loghat Negeri Kelantan bermaksud KITA BERBISA. Ia dapat diuraikan dengan maksud atau kumpulan yang jitu serta sangat digeruni, disegani dan mampu melaksanakan tugas dengan berkesan, mampu menghadapi apa jua cabaran dan rintangan (against all odds), tidak nombor dua tetapi sentiasa ke hadapan (second to none) tidak sesekali mengenal menyerah bagi mencapai sesuatu tanggungjawab.

 Komander

Komander Rejimen 506 AW :

1. Kol Abdul Rahman bin Abdul Kadir.
    2 Feb 1980 hingga 28 Jul 1993

2. Kol Sheikh Razak bin Sheikh Shukor.
    29 Jul 1993 hingga 7 Jul 1998

3. Kol Dato’ Haji Abdul Aziz bin Mohamed.    
    8 Jul 1998 hingga 19 Mei 2003

4. KDYMM Sultan Muhammad Ke V.    
    20 Mei 2003 hingga 1 Ogos 2012

3.YBM Tengku Temenggong Kelantan Brig Jen Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.
    2 Ogos 2012 hingga 1 Ogos 2021

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 506 AW :

1.Lt Kol Hasbullah bin Hj Ahmad.
   01 Jan 81 hingga 31 Dis 83

2. Lt Kol Sulaiman bin Abd Rahman.
    01 Jan 84 hingga 12 Mac 90

3. Lt Kol Azuddin bin Abu Bakar.
    13 Mac 90 hingga 31 Dis 91

4. Lt Kol Hj Zamrah bin hj Yusof.
    01 Jan 92 hingga 31 Jul 94

5. Lt Kol Yahya bin Haris.
    01 Ogos 94 hingga 30 Jun 96

6. Lt Kol Ramlay bin Idris.
    01 Jul 96 hingga 31 Dis 97

7. Lt Kol Salleh bin Anuar.

    1 Jan 1998 hingga 28 Feb 2002

8. Lt Kol Zakaria @ Zahari bin Hassan.
    1 Mac 2002 hingga 1 Mac 2003

9. Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof.
    2 Mac 2003 hingga 31 Mac 2004

10. Lt Kol Dzulkarnain bin Abdullah. 
      2 Apr 2004 hingga 25 Dis 2006

11. Lt Kol Wee Han Siew. 
      26 Dis 2006 hingga 28 Apr 2009

12. Lt Kol Mohd Zulkipli bin Mohd Zahir.
      29 Apr 2009 hingga 14 Okt 2010

13. Lt Kol Muhammad Ali bin Baharun.
      15 Okt 2010 hingga 4 Mei 2012

14. Lt Kol Zamri bin Mat Esa.
      20 Jan 2013 hingga 12 Jan 2014

15. Lt Kol Norazman bin Ismail.

      13 Jan 2014 hingga 24 Jul 2015

16. Lt Kol Aminuddin bin Yaacob.
      25 Jul 2015 hingga 11 Jan 2017

17. Lt Kol Azahari bin Hj Ibrahim.
      12 Jan 2017 hingga 26 Mac 2019

18. Lt Kol Abdul Malek bin Mohamad. 
      27 Mac 2019 hingga 6 Sept 2021

19. Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali. 
      7 Sept 2021 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Adalah untuk melatih belia dan beliawanis di Negeri Kelantan dengan latihan ketenteraan sepenuhnya supaya membolehkan mereka menjadi anggota simpanan tentera yang bersedia untuk membantu pasukan keselamatan mempertahankan Negara apabila keadaan memerlukan.

Misi

Misi pasukan adalah untuk menyediakan Anggota Sukarela yang sentiasa bersiap sedia bagi membantu ganti pasukan di dalam peperangan di samping membantu Pihak berkuasa Tempatandi dalam keadaan aman dan bencana alam.