depan kem 505Komander Rejimen 505 AW

                                                                                                                                        505 KOMANDER 1

YAM Tengku Panglima Raja Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Timbalan Komander Rejimen 505 AW

TK501

Lt Kol Shahrul Azudin bin Maulod

Sejarah Rejimen 505 AW

Pada tahun 1942, semasa jepun menduduki tanah melayu, KDYTM Al- Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah Al-Marhum Al-Musta’in Billah Al Sultan Abdullah telah memperkenankan penubuhan pasukan sukarela tentera wataniah menentang jepun secara sulit. Tentera wataniah pada ketika itu terdiri dari 250 orang sahaja diketuai oleh allahyarham Dato’ Yeop Mohidin dan dibantu oleh 2 orang anak pahang iaitu allahyarham Kapten Tun Abdul Razak bin Hussin (Perdana Menteri ke-2) dan Lt Tan Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri).

Pada tahun 1948, semasa keganasan darurat, KDYMM Al-Marhum Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah Al- Marhum Al-Musta’in Billah Al Sultan Abdullah Sultan Pahang telah menitahkan Allahyarham Dato’ Yeop Mohidin menubuhkan Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard). Tamat sahaja darurat, Home Guard telah digantikan dengan Tentera Tempatan Persekutuan (TTP).

Pada tahun 1963, anggota Tentera Tempatan Persekutuan (TTP) telah dikerahkan untuk menghadapi konfrantasi. Pasukan ini telah berkembang sehingga tertubuh Pasukan Infantri Askar Wataniah - 12 Bn Inf AW di mana KDYMM Sultan Hj Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar sendiri telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah sehingga tahun 1965. anggota yang tidak dikerah dimasukkan ke dalam Pasukan Pertahanan Tempatan (Local Defence Corp).

Pada tahun 1969 Local Defence Corp telah ditukar kepada 408 Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD).

Pada tahun 1973, Markas 408 PSTD telah berpindah ke Kem Teluk Sisik, Jalan Dato’ Abdullah, Kuantan (ambil alih yang ditinggalkan oleh 4 MIB dari Jan 71 hingga Feb 73).

Pada tahun 1980 pada 7 Februari 1980, 408 PSTD telah ditukar nama kepada Rejimen 505 Askar Wataniah sehinggalah ke hari ini.

Pada 27 OKTOBER 2011 BERSAMAAN 29 ZULKAEDAH 1432 HIJRAH, Markas Rejimen 505 Askar Wataniah telah berpindah dari Kem Sri Kuantan ke Kem Force 136 Pekan, Pahang. Perasmian kem ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

 Komander

Komander Rejimen 505 AW :

1. Kolonel (B) Zainal bin Dato’ Ahmad.    
   2 Jan 1980 hingga 31 Dis 1980

2. YAM Kolonel Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.    
    1 Jul 1984 hingga 31 Mei 2000

3. KDYTM Brigedier Jeneral Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah.
    1 Jun 2000 hingga 21 Mac 2019

4. YAM Tengku Panglima Raja Lt Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
    22 Mac 2019 hingga Sekarang

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 505 AW :

1. Mej Albert Arokian.
    7 Feb 1980 hingga 31 Dis 1980

2. Lt Kol Lam Wah Kum.
    1 Jan 1981 hingga 31 Dis 1982

3. Lt Kol Haji Abu Zaharin bin Haji Abu Bakar.
    1 Jan 1983 hingga 31 Dis 1983

4. Lt Kol Zainal Azuddin bin Idris. 
    1 Jan 1984 hingga 31 Dis 1984

5. Mej Pan Kang Leong. 
    1 Jan 1985 hingga 31 Dis 1986

6. Lt Kol Zulkapli bin Idris.
    1 Jan 1987 hingga 31 Dis 1987

7. Lt Kol Ali bin Abd Hamid.
    1 Jan 1988 hingga 31 Dis 1992

8. Lt Kol Mislan bin Saiman.
    1 Jan 1993 hingga 15 Mac 1995

9. Mej Mustafar bin Abd Rahman.
    16 Mac 1995 hingga 10 Sep 1995

10. Lt Kol Azhar bin Dato’ Abu Bakar.
      11 Sep 1995 hingga 13 Nov 2000

11. Lt Kol Kamaruddin bin Haji Md Salleh. 
      14 Nov 2000 hingga 13 Jul 2004

12. Lt Kol Nor Hashim bin Abd Aziz.
      14 Jul 2004 hingga 30 Dis 2005

13. Lt Kol Ismail bin Adam. 
      1 Mac 2006 hingga 14 Jan 2009

14. Lt Kol Ahmad Bakri bin A. Majid.
      14 Jan 2009 hingga 24 Jul 2014

15. Lt Kol Zaini bin Mohamad.
      25 Jul 2014 hingga 27 Mei 2016

16. Lt Kol Azrul Syamsul bin Sahak. 
     28 Mei 2016 hingga 3 Apr 2019

17. Lt Kol Azman bin Alias.

      3 Apr 2019 hingga 23 Jul 2023

18. Lt Kol Shahril Azudin bin Maulod.
      23 Jul 2023 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Menjadikan Rejimen 505 Askar Wataniah sebagai rejimen yang cemerlang dengan mempunyai unsur-unsur berikut:

- Menghasilkan pemimpin tetap dan sukarela di semua peringkat yang bersifat proaktif dan berkebolehan tinggi serta berwibawa.
- Mempelbagaikan sistem latihan supaya lebih mantap, berkesan dan boleh menarik minat anggota sukarela menyertainya.
- Menentukan kebolehan anggota sukarela mengendalikan kelengkapan persenjataan yang sedia ada di rejimen..

Misi

Misi pasukan adalah menyediakan anggota sukarela yang terlatih dan siap sedia untuk dimobilisasikan. Menyediakan anggota sukarela yang berdisiplin dan berwibawa dari segi aspek ketenteraan.