depan kem 503

Komander Rejimen 503 AW

comdr 501

Kol Syed Nasir Bin Sayed Mahadi

Timbalan Komander Rejimen 503 AW

TK501

Lt Kol Ahmad Sabri bin Baharuddin

Sejarah Rejimen 503 AW

Pada 1 Jun 1960, ‘Home Guard’ telah dibubarkan dan sebuah pasukan sukarela baru telah ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Tentera Tempatan Pasukan’ (TTP) Negeri Perak. Penubuhan ini melibatkan 3 batalion iaitu Batalion 1 di Teluk Intan, Batalion 2 di Ipoh dan Batalion 3 di Taiping.

Menjelang tahun 1962, ketiga-tiga batalion tersebut telah disatukan menjadi ‘Pasukan Pertahanan Tempatan’ (PPT Perak). Kekuatan PPT Perak pada masa tersebut dianggarkan mencapai 2,000 anggota dan mereka ditempatkan untuk menjalani latihan di Tapah, Kuala Kangsar, Gerik dan Sitiawan. Semasa konfrantasi, kekuatan PPT Perak telah bertambah menjadi 10,000 orang. Bagaimanapun selepas konfrantasi, kekuatan ini telah dikurangkan ke paras 3,500 orang.

Pada 15 Apr 1972, TD telah menyarankan penubuhan 4 kompeni PPT Perak dengan kekuatan sebanyak 50 platun dan paras keanggotaan yang ditetapkan adalah seramai 60 anggota setiap platun. Penubuhan ini merangkumi seluruh Negeri Perak dan mereka ditempatkan di Kem-Kem Taiping (Kompeni A), Kuala Kangsar (Kompeni B), Ipoh (Kompeni C) dan Teluk Intan (Kompeni D).

Apabila rancangan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dilaksanakan, ramai anggota PPT Perak telah dikerah bertugas sepenuh masa menjaga keselamatan JRTB. Semasa penugasan ini, seorang anggota kerahan dari PPT Perak, iaitu Pbt Ilias bin Ibrahim (bersara PW I) telah berjaya membunuh beberapa PGK dalam satu kejadian serang hendap pada 17 Ogos 77. Beliau telah dianugerahkan pingat PGB oleh SPB YDP Agong. Walau bagaimanapun dalam pertempuran itu juga dua anggota kerahan PPT Perak iaitu Allahyarham Pbt Alias bin Hassan dan Allahyarham Pbt Tajuddin bin Yusof telah terkorban.

Pada 7 Feb 1980, PPT Perak telah dibubarkan dan tertubuhlah Rejimen 503 PSTD di Ipoh. Kekuatan pada masa ini adalah amat sedikit sahaja disebabkan ramai anggotanya telah dikerah bertugas sepenuh masa di pasukan-pasukan Siri 300 Inf AW dan Siri 100 Inf AW. Pada tahun 1981, kekuatan rejimen ini telah bertambah melalui pengambilan rekrut baru yang terdiri daripada kakitangan kerajaan/swasta. Dalam masa yang sama, masa dan kawasan latihan juga telah disusun semula untuk memberi kemudahan kepada anggota sukarela menghadiri latihan.

Selepas ini Rejimen 503 PSTD telah mengalami beberapa perubahan struktur organisasi dan pengubahsuaian bagi meningkatkan prestasinya. Pada 2 Nov 1989 Cawangan Perancangan dan Pembangunan (P&P) Markas Tentera Darat telah mengeluarkan arahan penyusunan semula unit-unit Infantri Askar Wataniah.

Arahan ini telah digunapakai meliputi Rejimen Siri 500. Berdasarkan arahan ini terbentuklah Rejimen 503 AW sebagaimana yang wujud sekarang.

 Komander

Komander Rejimen 503 AW :

1. Lt Kol Raja Aman Shah bin Raja Haji Shah.    
   1980 hingga 1982

2. Kol Abdul Rahman bin Hussin.    
    1983 hingga 1991

3. Kol Dato’ Ismail bin Shah Bodin.
    1992 hingga 1999

4. Brig Jen Dato’ Abdul Habib bin Mansur. 
    1999 hingga 2005

5. Brig Jen Hj Kamis bin Hj Awang Ali.
    2005 hingga 2006

6. Brig Jen Dato’ Ir Mohammad Zakaria bin Mohd Noor.
    2006 hingga 2011

7. YB Kol (K) Dato’ Seri Dr Abdul Rahman bin Hashim.
    2011 hingga 2012

8. YB Brig Jen Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.
     2012 hingga 2019

9. Kol Syed Nasir bin Sayed Mahadi.
    2020 hingga Sekarang

 

Timbalan Komander

Timbalan Komander Rejimen 503 AW :

1. Lt Kol Tengku Ahmad bin Tengku Makmor.
    07 Feb 80 hingga 02 Apr 84

2.Lt Kol (Dr) Mohd Yusoff bin Kamal Khan.
    03 Apr 84 hingga 10 Sep 87

3. Lt Kol Rahimuddin bin Abdul Mutalib.
    11 Sep 87 hingga 20 Jul 90

4. Lt Kol Hashim bin Puteh. 
    21 Jul 90 hingga 01 Feb 93

5. Lt Kol Kamal Batcha bin Mohamad. 
    02 Feb 93 hingga 1 Apr 95

6. Lt Kol Mohamed Yusuf bin Mat.
    02 Apr 95 hingga 27 Dis 97

7. Lt Kol Mehat bin Che Man.
    28 Dis 97 hingga 13 Ogos 99

8. Lt Kol Kamaruddin bin Hj Md Salleh.
    14 Ogos 99 hingga 2 Nov 00

9. Lt Kol Mohd Bustaman bin Hj Mat Zain.
    13 Nov 00 hingga 31 Dis 01

10. Lt Kol Mohamed Yunus bin Hassan.
      01 Jan 02 hingga 07 Mei 03

11. Lt Kol Alias bin Hashim. 
      08 Mei 03 hingga 8 Jul 05

12. Lt Kol Abdul Rasek bin Ismail.
      09 Jul 05 hingga 05 Nov 06

13. Lt Kol Mohd Nasir bin Mohd Ali. 
      06 Nov 06 hingga 21 Jan 10

14. Lt Kol Abd Razak bin Ibrahim.
      22 Feb 10 hingga 4 Okt 11

15. Lt Kol Che Bakar bin Mohd Arifin.
      5 Okt 11 hingga 18 Ogos 14

16. Lt Kol Mohd Faizor bin Ismail.
      10 Okt 14 hingga 2 Sept 16


17. Lt Kol Samhasri bin Samah.
      30 Sept 16 hingga 3 Jan 19

18. Lt Kol Mohd Zahir bin Wahab.
      4 Jan 20 hingga 18 Jun 20

19. Lt Kol Noorhezaam bin Che Murat.
      19 Jun 20 hingga 27 Ogos 22

20. Lt Kol Ahmad Sabri bin Baharuddin
      28 Ogos 22 hingga Sekarang

Visi dan Misi

Visi

Meningkatkan jumlah pengambilan dan melatih anggota sukarela dalam kepelbagaian kemahiran tempur bagi membantu 2 Bgd mempertahankan negeri Perak semasa darurat dan perang.

Misi

Sebuah Rejimen Askar Wataniah yang berwibawa dan berkeupayaan menghasilkan barisan sukarela yang berpotensi tinggi serta bersiap sedia melaksanakan tugas hakiki anggota tetap Tentera Darat.