Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Konsep Latihan PALAPES
Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 20 buah IPTA.
Senarai Palapes Di IPTA
1. | Universiti Teknologi Mara |
2. | Universiti Malaysia Kelantan |
3. | Universiti Sains Islam Malaysia |
4. | Universiti Kebangsaan Malaysia |
5. | Universiti Teknologi Malaysia |
6. | Universiti Tun Hussein Onn |
7. | Universiti Malaya |
8. | Universiti Putra Malaysia |
9. | Universiti Sains Malaysia |
10. | Universiti Utara Malaysia |
11. | Universiti Malaysia Sarawak |
12. | Universiti Malaysia Sabah |
13. | Universiti Pendidikan Sultan Idris |
14. | Universiti Malaysia Perlis |
15. | Universiti Pertahanan Nasional Malaysia |
16. | Universiti Teknikal Malaysia Melaka |
17. | Universiti Malaysia Pahang |
18. | Universiti Malaysia Terengganu |
19. | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
20. | Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) |