PERANAN ASKAR WATANIAH
Peranan AW adalah untuk membantu Angkatan Tetap seperti berikut :
• Membantu ganti (augment) Angkatan Tetap, supaya bersama-sama dengannya, dapat mengadakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan strategik negara di masa darurat atau perang.
• Membantu Angkatan Tetap dalam operasi keselamatan dalam negeri dan sentiasa bersedia untuk dimobilisasi serta diaturgerak bila keadaan memerlukan.
• Membantu dan bekerjasama dengan PBA semasa kecemasan dan bencana alam bersama pasukan tetap.
TUGAS ASKAR WATANIAH
Bersesuaian dengan peranan yang dinyatakan, tugas yang perlu dilaksanakan oleh pegawai dan anggota AW adalah seperti berikut:
• Bersedia untuk diaturgerak dan membantu ganti Angkatan Tetap untuk melaksana misi-misi tertentu.
• Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor.
• Mengadakan pertahanan (termasuk Pertahanan Udara Aras Rendah) kepada sasaran, instalasi penting dan kawasan-kawasan kritikal (critical points/zones).
• Mengadakan tenaga pengganti kepada Angkatan Tetap.
• Melaksanakan kegiatan anti-pengkhianatan (fifth columnist).
• Bertindak sebagai sumber perisikan.
• Mengendali dan menyelenggara perkhidmatan penting (essential service) bila diperlukan.
• Melindungi dan menyelenggara jalur komunikasi.