Sekiranya saya telah menyertai Askar Wataniah, berapa kali dalam sebulan saya harus menghadirkankan diri? Adakah saya diberi pilihan memilih hari-hari tertentu saja atau sebaliknya dan jika saya tidak dapat hadir adakah didenda atau dikenakan tindakan apa
Sekiranya tuan/puan telah menyertai Askar Wataniah, pasukan wataniah tersebut sentiasa mengadakan latihan-latihan mingguan, tertakluk kepada perancangan dan jadual latihan pasukan wataniah itu sendiri. Ia biasanya diadakan pada cuti hujung minggu seperti hari Ahad atau Sabtu atau Jumaat.
Memilih hari latihan untuk individu selain dari cuti hujung minggu sukar untuk dilaksanakan kecuali untuk satu kumpulan atau organisasi seperti di maktab perguruan, politeknik, badan swasta dan sebagainya berdasarkan kepada hari latihan atau aktiviti ko-kurikulum mereka.
Tuan/puan tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin seperti denda dan sebagainya sekiranya tuan/puan tidak dapat hadir latihan mingguan kerana tugas atau perkara yang tidak dapat dielakkan. Pasukan Askar Wataniah adalah pasukan sukarela (volunteer), bukan pasukan tentera tetap. Tuan/puan masih seorang awam apabila diterima berkhidmat dalam Askar Wataniah sebagai seorang anggota sukarela. Perbezaannya ialah tuan/puan berpeluang memakai pakaian tentera semasa latihan dan mengikuti latihan tentera (kawad, menembak, latihan hutan dan sebagainya) walaupun tuan/puan seorang awam.