Apa latihan dan aktiviti yang perlu dijalani sebagai seorang anggota Askar Wataniah?
Selepas seseorang itu diiktiraf sebagai anggota Askar Wataniah mereka berkelayakan menjalani aktiviti-aktiviti latihan seperti berikut :-
Latihan Tempatan - Latihan yang dijalankan secara individu di luar waktu kerja atau hujung minggu antara 3 hingga 10 jam sehari. Jumlah masa latihan tidak melebihi 240 jam setahun. Latihan dilaksanakan adalah latihan kawad senjata, ilmu medan perang dan rejimental.
Latihan Berterusan -Latihan dibuat secara berterusan dengan memberi penekanan kepada Latihan Kolektif. Jangka masa latihan minimum 3 hari dan maksimum 14 hari. Ia adalah kesinambungan dari latihan tempatan dan dibuat secara berkelompok.
Latihan Kem Tahunan - Ianya adalah latihan berkelompok untuk menguji tahap kecekapan anggota yang dilaksanakan selama 15 hari. Latihan yang dilaksanakan meliputi fasa kem dan medan.