Piagam Pelanggan
Rejimen Askar Wataniah berhasrat menjadi sebuah Angkatan Tentera Darat yang kredibel dan inklusif melalui iltizam berikut:
PERKHIDMATAN SECARA UMUM
- Pertahanan Negara. Memperkasakan askar wataniah satu landasan dimana boleh membantu tentera darat mencapai strateginya untuk pertahanan negara. Menarik minat belia dan beliawanis untuk melibatkan diri dalam askar wataniah bagi melindungi dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan daratan negara.
- Keaktifan. Meningkatkan keaktifan Pegawai dan Anggota AW melalui kepelbagaian insentif, penghargaan dan latihan.
- Latihan dan Sumber Manusia. Memastikan bahawa sistem latihan askar wataniah akan membawa kepada pencapaian pengetahuan kemahiran dan juga sikap yang selaras dengan anggota tetap dengan harapan dapat menyenangkan aktiviti membantu ganti.
- Pembangunan Negara. Mendukung dasar-dasar kerajaan sesuai dengan aspirasi nasional untuk membangunkan negara.
- MOOTW/CIMIC. Memperkukuhkan kerjasama dan keupayaan bersama dengan agensi Kerajaan dan masyarakat demi kepentingan negara.
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
- Perkhidmatan Talian Pengguna Dan Maklumbalas Pelanggan (SISPAA ATM). Memberikan maklumbalas dalam tempoh 14 Hari Waktu Bekerja bagi sebarang pertanyaan, aduan dan maklumbalas pelanggan yang diterima oleh pengguna. Walau bagaimanapun sekiranya memerlukan maklumbalas yang lebih lanjut maka tempoh 30 Hari Waktu Bekerja diperlukan dan akan dimaklumkan kepada pengguna.
- Permohonan Askar Wataniah. Memberi kemudahan secara atas talian kepada pemohon untuk memohon sebagai anggota Askar Wataniah.
- Piagam Pelanggan. Menyiarkan pencapaian piagam pelanggan melalui Portal Askar Wataniah bagi tempoh setiap tiga bulan (Jan, April, Julai dan Oktober).