𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 : Latihan Kem Tahunan Siri 2/2024 Rejimen 515 Askar Wataniah (AW) kini sedang berlangsung dengan kekuatan seramai 24 Pegawai dan 61 Lain-Lain Pangkat. Latihan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran anggota serta memperkukuh daya ketahanan mental dan fizikal.
Walaupun cuaca hujan, semangat pasukan tetap utuh dan latihan Operation Built Up Area (OBUA) terus dilaksanakan dengan penuh disiplin dan dedikasi. Situasi ini membuktikan bahawa Rejimen 515 AW mempamerkan semangat juang yang tinggi.
Latihan Kem Tahunan ini akan diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mengasah ketahanan mental dan fizikal anggota, di samping memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
Lt Ashraf Muslim juga turut terlibat dalam latihan OBUA, menunjukkan komitmen beliau yang konsisten serta minat mendalam terhadap setiap aktiviti dan latihan yang dijalankan oleh Askar Wataniah.