𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 : Bahagian Pasukan Simpanan telah berjaya menganjurkan Simposium Memperkasakan Askar Wataniah Menuju Angkatan Masa Hadapan Domain Daratan pada 9 dan 10 Okt 2024 bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur.
Simposium ini turut memberi perhatian khusus kepada usaha menyelaraskan pembangunan yang berlandaskan kepada prinsip berdaya tahan dan sesuai dengan keperluan (affordable dan fit for purpose), dalam memastikan Askar Wataniah dapat bergerak seiring dengan transformasi dan modernisasi yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Simposium yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) dan disertai oleh Pengarah-Pengarah Kor, Panglima-Panglima Briged serta Pengawai kanan Jabatan Arah pelbagai Kor, Formasi Briged, Pasukan Siri 500 AW, serta wakil dari formasi-formasi atasan Tentera Darat Malaysia.