πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ : Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kanan Tentera Darat, Pegawai Sukarela dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 4 September 2024.
 
Mendahului senarai, Guru Sekolah Kebangsaan, Mej Mohd Syamir bin Nasrudin telah dianugerahkan Tauliah Leftenan Kolonel Sukarela dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Batalion ketiga, Rej 509 AW. Seterusnya, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Mej Prof Madya (Dr) Lee Kuok Tiung, menjawat jawatan sebagai Timb Komandan PALAPES UMS, dan Pengarah Urusan Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia,Encik Amar Huzaimi bin Md Deris menjawat jawatan sebagai Komander 56 RSPT AW.
 
Turut menerima Penganugerahan Mejar (Kehormat), YBhg Dato’ Kurnia Arjuna Dato’ Akbar bin V.V.Abu, Pengarah Syarikat Jasa I ltizam dilantik sebagai Ahli JAKPAW Negeri Pahang. Majlis diteruskan lagi dengan kenaikan pangkat Leftenan Muda Sukarela LKpl Mohd Afif bin Mohd Anuar, Pegawai Istana Abdul Aziz, Pahang, dilantik sebagai Ketua Platun Komp A, Batalion 1, Rej 505 AW dan Pbt Siti Afiqah binti Romli, dilantik sebagai Ketua Platun Komp C, Batalion 3, Rejimen 513 AW.
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Pegawai Sukarela dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah. Semoga dengan penganugerahan dan pemakaian pangkat ini dapat membantu Angkatan Tetap dalam mempertahankan kedaulatan negara.
 
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
 
458099003 473507192319841 9052687858730750211 n
458220352 473507665653127 9042881140472883178 n458356871 473507952319765 5289643601692291137 n458373608 473507278986499 1385990437006283182 n458380515 473507715653122 5944876302041393013 n458384374 473507205653173 3100654778397754444 n458388334 473507792319781 5589411337794141277 n458407425 473507002319860 2014118435220914252 n458467583 473507455653148 2063022424060408506 n458475576 473507945653099 5153820986463535140 n