𝗧𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗟𝗜𝗠 – Kementerian Pertahanan menekankan pentingnya Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di universiti awam sebagai aset utama dalam menguasai teknologi dan menghadapi cabaran ketenteraan moden.
 
Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, PALAPES yang terdiri daripada mahasiswa celik teknologi kini sangat relevan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi ancaman seperti serangan siber, krisis alam sekitar, dan bencana.
 
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM40 juta setahun untuk PALAPES dan menyediakan laluan khas bagi 100 kadet PALAPES menyertai ATM selepas tamat pengajian, bermula tahun depan. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan pentingnya peranan Angkatan Sukarela dalam mendukung konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) Negara dan berharap pihak universiti memberikan sokongan penuh kepada PALAPES untuk terus berkembang.
 
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Zulhelmy Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan Aris TUDM.
 
Hari ini turut berlangsung Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tauliah Kehormat Askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan. Antara penerima tauliah tersebut adalah Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman; Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Profesor Datuk Dr. Ahmad Farhan Mohamad Sadullah; Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit; serta Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib.
 
458586742 474814475522446 4447168989746151304 n
458598323 474814365522457 653608289009541463 n458616088 474813912189169 8254001030987915418 n458624312 474814618855765 8230668165599436263 n458638971 474815012189059 1869386130776233173 n458640709 474813832189177 7985617631064611851 n458645814 474814622189098 2183335372116624159 n
 
458663184 474814235522470 4177634081246748756 n
458683882 474814655522428 3676764072680413108 n
458730734 474813855522508 6017907924611313515 n
458738040 474813948855832 4129240479492344776 n458761267 474814672189093 7273188005700850306 n