πππππ ππππππ : Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datoβ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kanan Tentera Darat, Pegawai Sukarela dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 15 Ogos 2024.
Mendahului senarai, Setiausaha Kerajaan Pulai Pinang, YB Datoβ Seri Hj Rosli bin Isa telah dianugerahkan Tauliah Kolonel (Kehormat) dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi JAKPAW Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), YBhg Datuk Ir Megat Jalaluddin bin Megat Hassan menjawat jawatan sebagai Komd 70 Rej Pakar Janaelektrik RAJD (AW), Pengerusi SWS Capital Berhad, YBhg Tan Sri Datoβ Seri Tan King Tai @ Tan Khoon Hai menjawat jawatan sebagai Ahli Turut Hadir JAKPAW KEMENTAH dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Datoβ Mohd Zafir bin Ibrahim menjawat jawatan Pengerusi JAKPAW Negeri Sembilan.
Turut menerima Penganugerahan Letenan Kolonel (Kehormat), YBhg Datoβ Dr Nadzamn bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Kedah dan YB Datoβ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Perak. Majlis diteruskan lagi dengan kenaikan pangkat Mejar (Kehormat) YBhg Prof Datoβ Dr Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, dilantik sebagai Ahli JAKPAW Negeri Perak dan Mejar Sukarela YBhg Dr Hj Nazmi bin Ghazaki Azmi, Pengurus Besar, Wisma Air Kelantan dilantik sebagai Peg Log Skn, Skn Pengedalian 3, 60 RAJD Pakar (AW).
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Pegawai Sukarela dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah. Semoga dengan penganugerahan dan pemakaian pangkat ini dapat membantu Angkatan Tetap dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.