πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ : Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kanan Tentera Darat, Pegawai Sukarela dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 15 Ogos 2024.
 
Mendahului senarai, Setiausaha Kerajaan Pulai Pinang, YB Dato’ Seri Hj Rosli bin Isa telah dianugerahkan Tauliah Kolonel (Kehormat) dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi JAKPAW Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), YBhg Datuk Ir Megat Jalaluddin bin Megat Hassan menjawat jawatan sebagai Komd 70 Rej Pakar Janaelektrik RAJD (AW), Pengerusi SWS Capital Berhad, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Tan King Tai @ Tan Khoon Hai menjawat jawatan sebagai Ahli Turut Hadir JAKPAW KEMENTAH dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim menjawat jawatan Pengerusi JAKPAW Negeri Sembilan.
 
Turut menerima Penganugerahan Letenan Kolonel (Kehormat), YBhg Dato’ Dr Nadzamn bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Kedah dan YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Perak. Majlis diteruskan lagi dengan kenaikan pangkat Mejar (Kehormat) YBhg Prof Dato’ Dr Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, dilantik sebagai Ahli JAKPAW Negeri Perak dan Mejar Sukarela YBhg Dr Hj Nazmi bin Ghazaki Azmi, Pengurus Besar, Wisma Air Kelantan dilantik sebagai Peg Log Skn, Skn Pengedalian 3, 60 RAJD Pakar (AW).
 
Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Pegawai Sukarela dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah. Semoga dengan penganugerahan dan pemakaian pangkat ini dapat membantu Angkatan Tetap dalam mempertahankan kedaulatan negara.
 
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
 
455344314 459852340351993 3697816290306733656 n455359167 459852267018667 2273363144651991371 n455365975 459851743685386 5600779902839049350 n455617387 459851653685395 2758643748378111381 n455649370 459851680352059 5765888332931625168 n455654677 459851973685363 8830817859155111785 n455671490 459851923685368 7239195130679768539 n455806635 459852237018670 1375856590672780305 n455697743 459851660352061 6572626067463034242 n455650245 459851793685381 4025851787357497182 n