Kuala Lumpur – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan di Dewan Watan Bahagian Pasukan Simpanan pada 11 Julai 2024.
Majlis telah dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang dilaksanakan di antara Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar dan Brig Jen Sani bin S Omar sebagai Ketua Pengarah yang baharu. Majlis telah disaksikan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab.
Turut hadir ke majlis pegawai dan staf Bahagian Pasukan Simpanan. Seluruh warga BPS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan yang baharu.
\