Kuching - Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 35/2024 telah dilaksanakan pada 13 hingga 16 Mei 2024 bertempat di Pullman Kuching, Sarawak. SKAW Siri 35/2024 telah dianjurkan oleh Rej 511 AW, dibantu oleh Rej 510 AW dan Seketeriat dari Bahagian Pasukan Simpanan. Tema yang dipilih pada sidang kali ini adalah Whole of Government and Whole of Society (WoGoS) - AW sebagai platform.
SKAW pada kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datoβ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim juga turut dihadiri oleh DYTM Raja Muda Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Komander Rej 504 Askar AW, DYTM Raja Muda Kedah Brig Jen Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Komander Rej 513 AW, YTM Tunku Temenggong Kedah, Brig Jen Datoβ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muβadzam Shah, Komander Rej 509 AW dan YAM Tengku Temenggong Terengganu, Brig Jen Datoβ Seri Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Selain itu, Komander Rej 510 AW, Brig Jen (K) Dato Amar Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki merangkap Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Komander Rej 507 AW, YB Brig jen Datuk Al Hambra bin Tun Juhar beserta 10 orang komander dan wakil komander telah turut serta dalam penganjuran SKAW 35/2024 pada kali ini. Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abduk Rahman bin A Wahab telah turut serta dan bertindak selaku Timb Pengerusi Sidang.
Penganjuran SKAW 35/2024 telah melakar kenangannya sendiri dengan beberapa aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti Majlis State Banquet pada 13 Mei 24 yang dihadiri sendiri oleh Premier Sarawak, Brig Jen (K) Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Sidang telah dilaksanakan pada 14 Mei 24 di mana setiap ahli sidang telah menyuarakan cadangan yang komprehensif bagi kelangsungan usaha-usaha memperkasakan WoGoS dengan mengandalkan setiap rejimen AW sebagai platfom penghubung antara pihak ATM dengan pelbagai agensi serta masyarakat. Majlis BBQ anjuran BPS pula telah dilaksanakan pada sebelah malam di atas Royal Kuching Cruise.
SKAW 35/2024 kalini telah mendapat liputan media daripada Berita RTM, Artikel Online, Suara Sarawak dan beberapa liputan daripada media sosial (Facebook) iaitu TVS, Buletin Iban dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). Selain itu, beberapa aktiviti lawatan juga telah dianjurkan, antaranya lawatan ke Jumaβani Pavillion, Kek Lapis Warisan dan Borneo Culture Museum.
Tirai SKAW 35/2024 telah ditutup dengan pemilihan Rej 515 AW dan Rej 502 AW dipilih bagi menganjurkan SKAW 36/2024 yang bakal diadakan di Wisma Perwira TD pada 5 sehingga 7 Nov 24 dan SKAW 37/2025 akan dianjurkan oleh Rej 516 AW dengan bantuan Rej 507 AW di kawasan Tawau, Sabah.