Kuala Lumpur: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat Dan Pegawai Sukarela Tauliah Baharu Askar Wataniah telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datoβ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan pada 2 Mei 24 bertempat di Wisma Transit Kuala Lumpur melibatkan seramai 41 orang pegawai.
Mendahului senarai, Pegawai Kewangan Negeri Melaka merangkap Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah binti Salleh telah dianugerahkan Tauliah Leftenan Kolonel Kehormat dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi JAKPAW Negeri Melaka. Turut menerima Penganugerahan Tauliah Leftenan Kolonel (Sukarela), Mejar Norizam bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau, Melaka dan dilantik sebagai Pegawai Memerintah Batalion Rejimen 501 Askar Wataniah.
Majlis diteruskan lagi dengan kenaikan pangkat Leftenan Kolonel Sukarela kepada Mejar Dr Syed Abdul Razak bin Sayed Mahadi, Pengarah Kanan Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan dilantik sebagai Ketua Cawangan Latih PALAPES Universiti Malaya.
Ianya diikuti dengan Penganugerahan Tauliah Mejar (Sukarela) seramai 6 orang penerima seterusnya 11 orang Mejar Kehormat, 4 orang Kapten (Sukarela), 7 Leftenan (Sukarela) dan diakhiri dengan pemakaian pangkat 10 orang Leftenan Muda (Sukarela).
Seluruh warga Askar Wataniah merakamkan ucapan tahniah kepada para pegawai yang terlibat di atas pemakaian pangkat. Semoga pemakaian pangkat ini akan meningkatkan lagi prestasi kerja dalam memacu organisasi Askar Wataniah ke arah kecemerlangan.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datoβ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab dan Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datoβ Zaidan bin Atan serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.