Kuala Lumpur - Satu sesi perbincangan telah diadakan diantara staf BPS dgn staf Petronas pada 16 Apr 24 bertempat di Menara 1 Petronas, Kuala Lumpur. Perbincangan kali pertama ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai cadangan penubuhan Rejimen Pakar AW Petronas kpd staf Petronas. Ianya merupakan satu platform awal sebelum perbincangan peringkat tertinggi dilaksanakan.
Turut hadir di dalam perbincangan tersebut adalah En Abu Hanzalah bin Abu Bakar, Ketua PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan, PETRONAS, dan Staf daripada Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar,Ketua Pengarah BPS, Lt Kol Mohd Zahirin bin Zainol Abidin, Pegawai Staf 1 Latih dan Pegawai Staf 3 Rancang, Lt Mohd Najib bin Mohd Nal.