Kuala Terengganu - Duli Yang Teramat Mulia Leftenan Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli untuk hadir ke Majlis Iftar Rej 512 AW pada 4 Apr 24 bertempat di Kem Padang Midin melibatkan seluruh warga Rej 512 AW, ahli BAKAT Rej 512 AW, staf Awam Rej 512 AW serta veteren-veteren Rej 512 AW. Turut memeriahkan majlis, YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Datoβ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW dan Cik Puan Zuriana binti Ismail, YM Tengku Dato' Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH merangkap ahli JAKPAW Negeri Terengganu, Brig Jen Muzamil bin Hj Alias, Panglima 8 Bgd bersama isteri, Puan Noor Azizah binti Ab Aziz, Pengerusi BAKAT 8 Bgd, serta Mej Jen (B) Dato' Hj Mohamad Zaki bin Hj Hamzah, YDP PVATM Negeri Terengganu.
Majlis ini bermula dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu diikuti dengan acara bergambar dan seterusnya bacaan Tahlil ringkas yang dipimpin oleh Guru Agama pasukan. Majlis diteruskan lagi dengan berbuka juadah ringkas dan diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah. Seterusnya Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta warga Rej 512 AW menikmati jamuan makan malam yang telah disediakan. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan βNafas Baruβ gabungan Wisma Bintara dan Kelab Pegawai Rej 512 AW dan diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah. Upacara tandatangan Buku Lawatan juga turut dilaksanakan sebelum keberangkatan pulang Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sumbangan βGerobok Rezekiβ yang disempurnakan oleh YAM Komander Rej 512 AW diiringi oleh YBhg Timbalan Komander Rej 512 AW kepada anggota Sukarela Rej 512 AW yang memerlukan bantuan. Selain itu, upacara penyampaian cenderahati oleh Markas 8 Bgd kepada anggota bertugas Raya juga turut disempurnakan dan disampaikan oleh YBhg Panglima 8 Bgd.