Kuala Terengganu β Seramai 109 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Sukarela telah berjaya menamatkan Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Sukarela Siri 1/2024 dan telah terlibat dengan Perbarisan Penutup Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Sukarela Siri 1/2024 pada 15 Mac 24 bertempat di Padang Kawad Bn 3, Kem Bukit Kuang yang telah dirasmikan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brig Jen Datoβ Sri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rej 512 AW.
Perbarisan ini dimulakan dengan Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela dan Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang turut disempurnakan oleh YAM Komander Rej 512 AW, diiringi oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW. Majlis seterusnya diteruskan dengan Upacara Penyampaian Hadiah kepada para penuntut, dimana Anugerah Kawad (L) Terbaik disandang oleh 6300959 Pjm Muhammad Firdaus Afiq bin Mohd Rosly, Anugerah Kawad (W) Terbaik disandang oleh 6298309 Pjm Faten Syhrena binti Abdul Jalil. Bagi Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh 6298388 Pjm Ummi Salwa binti Mohd Faizullah manakala Anugerah Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh 6301978 Pjm Amzar Zulsyahmie bin Nordin @ Nordey.