Kuala Lumpur: Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 2 Anggota (Pegawai) Bahagian Pasukan Simpanan telah dilaksanakan pada 20 Mac 24 bertempat di Dewan Watan, BPS. Serah Terima Tugas Pegawai Staf 2 Anggota (Pegawai) telah dilaksanakan di antara Mej Mohd Noornashriq bin Abd Rahim dan Mej Asmawi bin Zakaria yang telah disaksikan dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah BPS, Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar dan Pengarah Rancang dan Pembangunan, Kol Fissol bin Abd Hadi.