Kuala Terengganu: Pemeriksaan Tahunan Pakar Bomba TD telah dilaksanakan di Rej 512 AW bermula pada 20 hingga 22 Feb 24 bertempat di Kem Padang Midin oleh Jemaah Pemeriksa daripada Stesen Bomba Kem Desa Pahlawan yang diketuai oleh Kapt (Ts) Mohd Iqmal Haqimi bin Mohd Nasir dan 3 LLP yang lain. Pemeriksaan ini dimulakan dengan pemeriksaan dokumen dan diikuti dengan pemeriksaan fizikal setiap bangunan yang berada di kawasan pasukan. Pemeriksaan ini selesai setelah taklimat ringkas mengenai hasil pemeriksaan disampaikan kepada pegawai yang bertanggungjawab.