Kuala Terengganu - Seramai 18 Peg dan 67 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada Anggota Tetap dam Sukarela telah terlibat dengan Perbarisan Perutusan Panglima Tentera Darat Sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke 91 Peringkat Rej 512 AW pada 1 Mac 24 bertempat di Padang Kawad Kem Padang Midin. Perbarisan ini turut diiringi oleh Brassband Rej 512 AW.
Perutusan Panglima Tentera Darat ini telah disampaikan oleh Timbalan Komander Rej 512 AW, Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin. PTD di dalam perutusannya telah menggariskan sinergi 3M iaitu Manusia, Mesin dan Metod yang merupakan elemen asas pembangunan Tentera Darat agar menjadi angkatan yang ampuh, kredibel dan mampu melaksanakan operasi di dalam pelbagai domain. Selain itu, PTD juga menekankan keperluan keterlibatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat di dalam konteks pendekatan Whole of Government and Whole of Society (WoGos) dalam mempertahankan tanah air tercinta. Perbarisan ini diakhiri dengan acara bergambar.