Kuala Lumpur: Seramai 70 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Askar Wataniah dalam Majlis Penutup Kursus Kerani Ketenteraan Kelas Dua (Decentralised) Siri Khas 2023 bagi Anggota Sukarela yang Dipertugaskan Sepenuh Masa telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar di Dewan Makan Rej 515 AW pada 5 Jan 24.
Kursus telah berlangsung mulai 4 Dis 23 hingga 7 Jan 24. Turut hadir, Timbalan Komander Rej 515 AW, Lt Kol Mohamad bin Yusoff Ketua-ketua Bahagian, staf serta jurulatih.