Kuala Lumpur: Agenda bagi memperkasakan Askar Wataniah (AW) terus dipergiatkan menerusi satu sesi pertemuan melibatkan Dato' Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, KPPA, Dato' Dr Hj Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS dan Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab, AP PS. Pertemuan ini telah dilaksanakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 13 Dis 23, bersempena dengan Majlis Penutup Seminar Akta Pekerja 1955 Dalam Konteks Penjawat Awam.

Dalam sesi pertemuan tersebut, KPPA serta Presiden CUEPACS turut menyentuh mengenai pentingnya penglibatan lebih ramai kakitangan awam dalam AW. Ini adalah kerana kakitangan awam merupakan agen pembangunan negara (nation building) mestilah turut memainkan peranan sebagai benteng kedua dalam mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara.

Bagi membolehkan lebih ramai penyertaan kakitangan awam ke dalam AW, beberapa sesi libat urus antara BPS dan CUEPACS akan direalisasikan dengan lebih dinamik dan kerap pada tahun 2024. AP PS turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada KPPA dan Presiden CUEPACS atas komitmen serta kerjasama yang diberikan bagi memberikan bantuan dalam meningkatkan lagi paras kekuatan AW.

WhatsApp Image 2023 12 13 at 2.37.13 PMWhatsApp Image 2023 12 13 at 2.37.14 PM 1WhatsApp Image 2023 12 13 at 2.37.13 PM 1WhatsApp Image 2023 12 13 at 2.37.14 PMWhatsApp Image 2023 12 13 at 2.45.06 PM 2 WhatsApp Image 2023 12 13 at 2.45.06 PMWhatsApp Image 2023 12 13 at 2.45.06 PM 1  WhatsApp Image 2023 12 13 at 2.37.14 PM 2