Kuala Lumpur: Mesyuarat Rancangan Pembangunan Askar Wataniah di dalam Komponen Kor-kor TD telah dilaksanakan pada 28 Nov 23 bertempat di Bilik Mesyuarat, BPS yang melibatkan Pengarah Kor-kor TD. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datoβ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.Pelaksanaan mesyuarat ini merupakan platform bagi mengupas perkembangan isu semasa di dalam memperkasakan AW di dalam Kor-kor TD sebagai satu angkatan yang kredibel, seimbang dan bersepadu untuk membantu ganti (Augmentation) Angkatan Tetap.