Kuala Lumpur: Seramai 75 anggota Lain- lain pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang disempurnakan oleh PW I Mohd Khairi Fitri bin Man, SMR Rej 515 AW, di Padang Kawad Rejimen pada 23 Nov 23.
 
Perbarisan diketuai oleh PW II Mohammad Zambri bin Abdul Hamid dan dimulai dengan nyanyian lagu Tentera Darat disusuli pemeriksaan perbarisan oleh SMR. Perbarisan ini merupakan salah satu aktiviti rejimental pasukan yang dilaksanakan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) di kalangan anggota pasukan sejajar dengan hasrat Pucuk Pimpinan Tentera Darat yang berkehendak agar SPR terus diamalkan oleh seluruh warga Tentera Darat.
 
Dalam ucapannya SMR menyarankan agar warga rejimen menjaga disiplin dan keterampilan yang baik sebagai seorang soldadu terlatih serta sentiasa menjaga nama baik pasukan dan Tentera Darat Amnya.
 
Pelaksanaan audit ini sejajar dengan Penumpuan Sinergi 3M Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu "MAN" iaitu Pemerkasaan Sumber Manusia dimana paras kecekapan, keberkesanan dan kesiapsiagaan yang sejajar dengan fungsi, peranan serta tanggungjawab yang telah ditetapkan.
405492915 730430782467305 408764339803727507 n405498983 730439805799736 6542790469164006336 n405502634 730430639133986 7070793397008543995 n405509110 730439905799726 3708174791128160416 n405532984 730439635799753 7232643318168060683 n405546433 730439475799769 3292634522393345243 n