Kuala Lumpur: Tim Audit Luaran daripada Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) telah melaksanakan Audit Luaran Malaysian Army Standard (MASt) Pengurusan Dewan Makan terhadap Rej 515 AW pada 17 Nov 23.
 
Tujuan audit ini dilaksanakan adalah bagi menilai tahap kepatuhan serta pencapaian pasukan terhadap standard MASt yang telah ditetapkan bagi pengiktirafan dan pensijilan MASt Tentera Darat.
 
Ketibaan Tim Audit Luaran MASt yang diketuai oleh Pegawai Staf 1 Kualiti, Lt Kol Jefri Hamden disambut oleh Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof.
 
Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai MASt pasukan, Lt Kol Norazam bin Baharom kemudian diteruskan audit secara fizikal mengikut standard yang digariskan dalam Manual Kualiti, Prosedur Kualiti Operasi (PKO) dan Prosedur Kualiti Standard (PKS).
 
Acara diakhiri dengan sesi Exit Conference yang ditaklimatkan oleh Ketua Juruaudit Luaran berkenaan penemuan serta cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pasukan.
 
Pelaksanaan audit ini sejajar dengan Penumpuan Sinergi 3M Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu "MAN" iaitu Pemerkasaan Sumber Manusia dimana paras kecekapan, keberkesanan dan kesiapsiagaan yang sejajar dengan fungsi, peranan serta tanggungjawab yang telah ditetapkan.
404162561 727608586082858 3331253356418091772 n404174674 727609792749404 3887366786364001498 n404235940 727609939416056 4352655109676887264 n404006108 727609709416079 7440517105082808864 n404190491 727609539416096 4306177135656070147 n404238675 727609596082757 4368634579031646624 n