Kuala Lumpur: Seramai 11 pegawai dan 92 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Mesyuarat Kebajikan dan Makanan Rejimen Siri 2/23 di Dewan Makan Pasukan pada 6 Nov 23.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof dan seterusnya memberikan ucapan aluan serta mengharapkan agar melalui mesyuarat ini, warga Rej 515 AW dapat berbincang mengenai permasalahan dan kebajikan sama ada di tempat kerja ataupun di rumah.
Hal ini selari dengan objektif perlaksanaan Mesyuarat Kebajikan dan Makanan di mana anggota mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan cadangan atau pendapat demi menjaga kebajikan diri dan keluarga.
Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuk dari segi kemudahan pentadbiran harian, aktiviti-aktiviti pasukan serta maklumbalas terhadap usul dan cadangan Ketika Mesyuarat Kebajikan dan Makanan Rejimen Siri 1/23 yang telah diadakan pada 13 Apr 23 yang lepas.
Cadangan dan usul baharu yang diutarakan oleh anggota dipandang serius oleh Pengerusi dan akan diambil tindakan serta turut diselitkan dengan pembentangan akaun Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) oleh Pegawai Pemegang Akaun.
Selesai Mesyuarat, Timb Komd telah menyampaikan sumbangan cek dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) kepada 14 anggota Rej yang terlibat.
Perlaksanaan mesyuarat ini akan meningkatkan βPelestarian Kesejahteraan Wargaβ yang mengutamakan aspek kesejahteraan dan kebajikan warganya.