Johor Baharu: Seramai 2 Peg dan 40 anggota sukarela Rej 501 AW telah melaksanakan Demontrasi Kawad Ketenteraman Awam pada 17 Okt 23 bertempat di Padang Kawad pasukan.
Turut hadir menyaksikan demontrasi ini ialah Lt Kol Raja Mohd Azanim Putera bin Raja Yaacob, Timbalan Komander Rej 501 AW. Dalam ulasan Timbalan Komander, beliau mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua anggota sukarela yang bertungkus lumus dalam melaksanakan Demontrasi Kawad Ketenteraman Awam ini.
Semoga apa yang telah dipelajari ini akan memberi impak positif di dalam memperkasa dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan Askar Wataniah demi kedaulatan Negara Malaysia.