Kuala Terengganu: Pasukan Pancaragam Rej 512 AW yang dianggotai oleh seramai 1 Peg dan 47 LLP telah terlibat menjayakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas bertempat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu yang disempurnakan oleh KDYMM Sultan Terengganu pada 1 Okt 23.
Pada Istiadat tersebut, Pasukan Pancaragam Rej 512 AW telah mengiringi perbarisan masuk Kawalan Kehormat Utama (KKU) dari Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan Terengganu dengan memainkan lagu PDRM iaitu 'Sedia Berkhidmat'. Sebaik sahaja keberangkatan tiba KDYMM Sultan Terengganu diumumkan, KKU telah memberikan 'Hormat DiRaja' dan lagu 'Selamat Sultan' dimainkan oleh Pasukan Pancaragam Rej 512 AW. Pasukan Pancaragam Rej 512 AW sekali lagi mengiringi pemeriksaan KKU oleh KDYMM Sultan Terengganu dengan memainkan lagu 'Menjunjung Duli'. Lagu 'Selamat Sultan' dimainkan untuk kali kedua selepas KKU selesai diperiksa.
Turut hadir menyaksikan Istiadat tersebut adalah Ketua Polis Negeri, Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para) dan Timbalan Komander Rej 512 AW.