Perak: Bengkel Hala Tuju Askar Wataniah Siri 2/23 telah dilaksanakan bermula 18 hingga 21 Sep 23 bertempat di Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh, Perak. Bengkel ini telah dihadiri oleh 19 orang ahli tim kajian dan dua orang panel bebas yang terdiri daripada wakil Rejimen Siri 500 Askar Wataniah, Kor TD (AW) dan Rejimen Pakar Askar Wataniah.
Pelaksanaan bengkel tersebut merupakan salah satu platform yang perlu diterjemahkan bagi memastikan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah tercapai. Segala penemuan dan cetusan idea yang terhasil semasa bengkel ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi serta legasi AW demi mencapai gagasan dan hala tuju dalam membantu ganti Angkatan Tetap apabila diperlukan pada suatu masa nanti.