Hulu Langat: Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof hadir menyaksikan pertunjukan serangan akhir khemah musuh daripada Penuntut Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 4/23 bertempat di Ulu Perdik pada 30 Ogos 23.
Timb Komd hadir untuk melihat dengan lebih dekat aspek pelaksanaan latihan peperangan melawan insurgensi (PMI) selain melihat sendiri pelaksanaan aktiviti fasa medan yang dilaksanakan oleh Penuntut Kursus APMS.
Turut mengiringi beliau dalam menyaksikan pertunjukan serangan akhir tersebut adalah Pen Peg Mem Bn 3, Mej Christopher Chin Boon Tong selaku ketua pengelola Kursus APMS Siri 4/23, Ket Cwg Latih, Mej Ruhaizi bin Othman, SMR, PW I Mohd Khairi Fitri bin Man.
Turut hadir untuk menyaksikan demonstrasi serangan adalah Presiden dan CEO Mont Royale College, Mr Sugumaran Chellaya dan Puan Shamini Velayalhan.
Pelaksanaan latihan ini sejajar dengan Teras Pertama dan Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-29 iaitu Kelangsungan Misi serta Kesiagaan dan Keutuhan Organisasi.