Kuala Lumpur: Majlis Malam Akrab Penuntut Kursus KADAR Siri 1 dan APMS Siri 4 telah dilaksanakan pada 1 Sep 23 di Dewan Makan Rej. Acara dimulakan dengan Penuntut kursus melapor kepada Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof.
Hadir bersama adalah Lt Kol Ts. Jamalruddin bin Zamanhuri, Pegawai Memerintah Bn 2, Pen Peg Mem Bn 2 dan 3, para pegawai dan SMR, Rej 515 AW.
Majlis berkonsepkan santai diteruskan dengan kata alu-aluan oleh pengacara majlis, bacaan doa dan seterusnya menjamu selera dengan makanan yang disediakan. Semasa tetamu menjamu selera, ditayangkan video montaj dan juga persembahan daripada penuntut dan terakhir adalah penyampaian hadiah.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Timb Komd Rej 515 AW, Lt Kol Marzuki bin Md Yusof. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.
Selain itu, Timb Komd juga menekankan kepada seluruh penuntut kursus supaya dapat mempraktikkan segala ilmu kemahiran yang telah dipelajari dan dapat berkongsi ilmu serta memberi tunjuk ajar kepada anggota lain semasa berada di pasukan kelak. Beliau juga mengingatkan para penuntut agar tidak terlibat dengan sebarang gejala yang tidak berfaedah, segala proses perkongsian maklumat hendaklah mengikut saluran yang betul.
Majlis Malam Akrab ini bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah dan kenalan dari pasukan luar akan tetapi seiring dengan Teras Kedua Perintah Ulung PTD Ke-29 iaitu memperkasakan Keutuhan Organisasi.