Kluang: Lt Kol Azahari bin Jaafar, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga, Rej 501 AW telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berbahagia Puan Azurawati binti Wahid, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kluang di di Pejabat Majlis Perbandaran Kluang. Objektif utama kunjungan hormat ini adalah bertujuan memperkenalkan pengurusan Batalion Ketiga. Selain itu, kunjungan hormat ini bertujuan bertukar-tukar pendapat berkenaan usaha mempromosikan kemasukan anggota sukarela di kalangan warga Kluang khususnya melibatkan agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Satu taklimat ringkas berkenaan KTJ Batalion Ketiga dan Kompeni Alpha merangkumi Kluang, Ayer Hitam dan Simpang Renggam telah disampaikan untuk memberi gambaran umum Askar Wataniah di daerah ini khasnya dan Negeri Johor amnya. Perbincangan berkenaan peluang mempertingkatkan kemasukan warga Kluang sebagai sebahagian warga pasukan sukarela dengan nasihat dan bantuan YDP MPK. Hadir bersama ke majlis kunjungan hormat ini, Kapt Helmi bin Mohamed, Ketua Kompeni Echo (Bandar Tenggara), Lt M Dasira Hani bin Abdullah, Ket Platun Kompeni Echo (Bandar Tenggara) dan Lt M Nur Saadah binti Yasak, Ket Platun Kompeni Delta (Kulai) serta En Mohd Zafar, Pegawai Tadbir Bahagian Sumber Manusia MPK. Semoga hubungan baik ini akan meningkatkan pengambilan anggota sukarela di daerah Kluang.
.