Kuala Nerus: Seramai 8 Peg dan 30 LLP yang terdiri daripada Angkatan Tetap dan Sukarela telah terlibat dengan Promosi Askar Wataniah Anjuran Batalion Pertama Rejimen 512 AW bertempat di Dataran Bandar Baru Kuala Nerus pada 19 Ogos 23. Promosi Askar Wataniah ini dilaksanakan bersempena dengan Program Fit Malaysia Tahun 2023. Selain itu, tujuan promosi ini dilaksanakan adalah untuk menarik minat orang awam khususnya belia di daerah Kuala Nerus bagi menyertai Askar Wataniah disamping memberi pendedahan berkenaan Askar Wataniah.