Tepuh: YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Datoβ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) diiringi oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 AW dan isteri selaku Pengerusi BAKAT serta delegasi dan ahli BAKAT Rej 512 AW telah mengadakan lawatan kebajikan kepada Kpl Rosdi bin Tahir dan isteri, anggota Batalion Kedua Rej 512 AW, Kem Sri Tembila pada 25 Jun 23 bertempat di Kg Bukit Chempaka, Tepuh. Tujuan lawatan kebajikan ini dilaksanakan adalah untuk menziarahi Kpl Rosdi dan isteri yang baru sahaja kehilangan cahaya mata pada 24 Jun 23 yang lalu. Kelahiran cahaya mata lelaki Kpl Rosdi pada 14 Jun 23 yang lalu merupakan kelahiran bayi pramatang dan telah dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan selanjutnya akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Lawatan ini adalah sejajar dengan Teras Ketiga Panglima Tentera Darat Ke - 29 iaitu βKesejahteraan Wargaβ.