Besut: Seramai 7 pegawai dan 100 anggota Lain-lain Pangkat (LPP) telah terlibat dengan Ceramah Anti Keganasan pada 1 Jun 23 bertempat di Batalion Kedua Rejimen 512 Askar Watanian (Rej 512 AW) Kem Sri Tembila. Ceramah Kesedaran Anti Keganasan ini bertajuk β€œPencegahan Fahaman Ekstrimisme dan Radikalisme Dalam Angkatan Tentera Malaysia” dan telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Kol Dr Zulkarnain bin Haron selaku Ketua Cawangan Anti Keganasan merangkap Ketua Task Force Perisai Wira ATM dari Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) dan telah dirasmikan oleh Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW. Tujuan ceramah ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran serta pendedahan kepada seluruh warga Rej 512 AW berkenaan ancaman ekstremisme, radikalisme, terrorisme serta ajaran menyeleweng bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, serta negara disamping menjelaskan akibat daripada melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti sebegini. Adalah diharapkan agar program sebegini dapat membuka minda para pegawai dan anggota Rejimen 512 AW serta program sebegini dapat dianjurkan dari masa ke semasa selari dengan Teras Panglima Tentera Darat Ke 29 iaitu β€œPengukuhan Organisasi dan Modal Insan”.

15678321