Kuala Terengganu: Mesyuarat Agung BAKAT Rejimen 512 Askar Wataniah Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 20 Mei 23 bertempat di Dewan Makan Kem Padang Midin melibatkan semua ahli BAKAT Rejimen 512 Askar Wataniah dan telah dirasmikan oleh YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah. Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa baru serta membuat perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Tahun 2023 disamping merealisasikan misi BAKAT ATM yang telah ditetapkan iaitu β€œMewujudkan Kesejahteraan Keluarga Bergerak Seiring Angkatan Tentera ke Arah Kecemerlangan”.

314526