Kuala Terengganu: Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Hari Ulang Tahun Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat Ke - 42 telah dilaksanakan pada 12 Mei 23 bertempat di Surau Al-Muttaqin Kem Padang Midin melibatkan semua pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Rejimen 512 Askar Wataniah dan telah dipimpin oleh Guru Agama Pasukan. Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah sebagai tanda kesyukuran atas pemerintahan baru Lt Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim serta memohon keberkatan dan kebaikan bagi Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat agar sentiasa menjadi ketumbukan organisasi yang sentiasa cemerlang mengekalkan pertahanan kedaulatan tanah air tercinta disamping mengeratkan hubungan silaturahim diantara warga Rejimen 512 Askar Wataniah sejajar dengan Teras Kedua Panglima Tentera Darat ke 29 iaitu "Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan".