Kuala Lumpur: Batalion 2, Rejimen 515 Askar Wataniah (Rej 515 AW) telah mengadakan Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 2/2023 yang dirasmikan oleh Peg Mem Bn 2 Rej 515 AW, Lt Kol Ts Jamalruddin bin Hj Zamahuri bertempat di Dewan Makan Rejimen pada 1 Mei 23.
Kursus ini berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula dari 29 Apr hingga 28 Mei 23 melibatkan seramai 99 anggota Perajurit Muda (PJM) dari Rej 515 AW. Kursus ini memberi fokus untuk melatih Perajurit Muda Sukarela Askar Wataniah dalam pelaksanaan tugas-tugas asas sebagai seorang anggota tentera di dalam batalion infantri AW.
Objektif kursus ini adalah untut menentukan Perajurit Sukarela dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang soldadu Tentera Darat dengan menerapkan nilai-nilai Sistem Pemerintahan Rejimental dan Peradaban sebagai seorang anggota tentera setelah menamatkan kursus nanti.
Pelaksanaan aktiviti ini secara tidak langsung akan Memperkasakan Keutuhan Organisasi dengan tumpuan yang merangkumi Pengukuhan Profesionalisme anggota berfokuskan pencapaian keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki. Turut hadir dalam Majlis Pembukaan Kursus ini adalah Ket Cwg Latih, Mej Ruhaizi bin Othman dan Kuartermaster Rej, Mej (KM) Mohd Yusof bin Yaakub.