Kuala Terengganu: Pemeriksaan Lesen dan Cukai Kenderaan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah dilaksanakan pada 17 Apr 23 melibatkan seramai 12 Peg dan 70 LLP bertempat di Padang Kawad Rej 512 AW, Kem Padang Midin. Tujuan pemeriksaan ini dilaksanakan adalah untuk memeriksa kenderaan setiap peringkat pegawai dan anggota yang ingin pulang ke kampung halaman sempena meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang pada 1 Syawal 1444H ini. Hasil pemeriksaan telah direkodkan di dalam buku Pemeriksaan Kenderaan pasukan. YBhg Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah juga telah memberi peringatan kepada seluruh warga Rej 512 AW agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga serta memandu dengan berhemah sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.