Kuala Terengganu: Program Ceria Ramadan Bersama Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Terengganu telah dilaksanakan pada 11 Apr 23 bertempat di Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia Negeri Terengganu hasil kerjasama Rejimen 512 Askar Wataniah dan Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Terengganu. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menyantuni golongan-golongan asnaf serta anak-anak yatim sekitar daerah Kuala Terengganu. Program ini juga mendapat kolaborasi bersama pihak penaja seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Negeri Terengganu, Jajja Chinta Hair Care dan Adabi. Program ini bermula dengan bacaan Tadarus Al-Quran oleh adik Ahmad Umar Idraki bin Ahmad Azidy, pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah diikuti dengan Gimik Simbolik Penyerahan Sumbangan oleh para penaja dan seterusnya sesi Menyantuni Golongan Asnaf dan Anak-anak Yatim yang disempurnakan oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Datoβ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Komander Rejimen 512 Askar Wataniah diiringi oleh En Sabri bin Mansor, Pengarah Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Terengganu. Program diteruskan lagi dengan jamuan makan malam sejurus selesai solat fardhu Maghrib yang didirikan secara berjemaah. Sesi temuramah wartawan Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Terengganu bersama YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah juga turut diadakan disertai dengan ucapan khas Hari Raya Aidilfitri oleh YAM Komander Rejimen 512 Askar Wataniah bersama seluruh warga Rejimen 512 Askar Wataniah.