Kuala Terengganu: Seramai 3 Pegawai dan 2 anggota Lain-lain Pangkat LLP terdiri daripada Angkatan Tetap dan Sukarela telah terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tetap, Pegawai Sukarela dan Anggota Tetap Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) pada 31 Mac 23 bertempat di Markas Rej 512 AW, Kem Padang Midin. Majlis ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Ahmad Azahari bin Jamaluddin, Timbalan Komander Rej 512 AW. Timbalan Komander Rej 512 AW mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat serta menasihati pegawai dan anggota yang telah dinaikkan pangkat sentiasa meningkatkan prestasi dan kualiti kerja serta menjadi contoh teladan yang baik selari dengan Prinsip Keempat ,8 Briged iaitu “Lead by example, Walk the talk”.