Kuala Terengganu: Seramai 21 ahli BAKAT Rejimen 512 Askar Wataniah (Rej 512 AW) telah terlibat dalam Majlis Tadarus Al-Quran BAKAT Rej 512 AW pada 31 Mac 23 bertempat di Surau An Nur Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin yang telah dipimpin oleh Pegawai Agama pasukan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran serta memperkukuhkan kerohanian di kalangan warga Rej 512 AW.