Negeri Sembilan: Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS), Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, bertempat di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kunjungan Hormat AP PS berkenaan bertujuan bagi menyampaikan taklimat serta mengangkat maklum berhubung Pelaksanaan Persembahan TATU dan Karnival Hari Terbuka Tentera Darat Tahun 2023 yang dirancang dan bakal dilaksanakan pada 11 dan 12 Mac 23 bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Karnival Hari Terbuka Tentera Darat Tahun 2023 ini turut menglibatkan penglibatan booth Pameran Askar Wataniah untuk meraih minat belia dan beliawanis untuk kemasukan baharu Askar Wataniah.

Sempena kunjungan ini juga, AP PS turut menyampaikan plak kenangan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai cendera kenangan dari pihak Rejimen Askar Wataniah. Turut hadir bersama ketika Sesi Kunjungan Hormat berkenaan adalah Brig Jen Abd Wahab bin Geoh, Pengarah Kor Polis Tentera Diraja selaku pengajur pelaksanaan Persembahan TATU.

Kunjungan Hormat berkenaan dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD iaitu ‘Peningkatan Hubungan Tentera dengan Awam’. Pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Rejimen Askar Wataniah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar serta Kerajaan Negeri Sembilan atas bantuan dan sokongan yang akan diberikan dalam menjayakan pelaksanaan acara tersebut nanti.

 

                                              WhatsApp Image 2023 03 08 at 16.53.27 2WhatsApp Image 2023 03 08 at 16.53.28

                                               WhatsApp Image 2023 03 08 at 16.53.26 2WhatsApp Image 2023 03 08 at 16.53.26 1